Semua kelas
Untuk pemula Dalam talian · Live 3 jam

Kelas AI: Bina App atau Web Anda Sendiri

Satu sesi live 3 jam. Bina app atau web sendiri tanpa coding — dan faham cara app sebenarnya jana duit, dari iklan sampai pelanggan pertama.

Kelas hands-on 3 jam (8.30 – 11.30 malam, waktu Malaysia) menggunakan cara kerja yang kami pakai untuk kerja klien sebenar.

Matlamat kelas ini bukan sekadar siapkan satu app dalam masa 3 jam. Matlamatnya supaya anda faham SEBAB di sebalik setiap langkah — termasuk cara memilih idea yang orang betul-betul cari, dan bagaimana app menjana pendapatan (iklan, app berbayar, langganan, atau kerja klien). Kami terangkan cara kerjanya; berapa yang anda perolehi bergantung pada app anda dan pasarannya.

Anda tidak perlu tahu coding untuk mula. Anda perlukan laptop, sambungan internet yang stabil, dan satu idea.

Kelas dijalankan LANGSUNG melalui Google Meet bersama pengajar — bukan video rakaman, bukan belajar sendiri. Anda boleh tanya dan kami jawab terus. Pautan Google Meet akan dihantar ke e-mel anda sebaik sahaja pembayaran disahkan.

Setiap slot dihadkan kepada 10 orang supaya setiap peserta betul-betul dapat perhatian.

Kelas bersemuka di Pulau Pinang boleh diatur secara berasingan (minimum 5 jam) — hubungi kami melalui WhatsApp.

Apa yang diajar 13 topik · ketuk untuk buka
1 Faham dulu: frontend, backend, database, hosting, domain — 5 istilah yang buat semua benda masuk akal
2 Kenapa app simple boleh cecah jutaan muat turun sedangkan app canggih sunyi — cara pilih idea yang orang betul-betul cari
3 Susun idea jadi skop — halaman, data, siapa guna
4 Cara bagi arahan pada AI yang betul — sebab hasil orang lain lebih kemas daripada anda
5 Rahsia teknik buat app macam developer sebenar guna AI
6 Rahsia buat UI & UX cantik secara PERCUMA (link tool akan diberikan)
7 Bila AI silap: cara baca error dan betulkan sendiri tanpa panik
8 Rahsia buat backup & cara pilih server yang betul
9 Naikkan ke internet — orang lain boleh buka app/web anda
10 Cara app sebenarnya jana duit — iklan (AdMob), app berbayar, langganan, dan bila setiap satu masuk akal
11 Sambung app anda dengan duit — terima bayaran online
12 Cari 5 pelanggan pertama — jual app anda tanpa portfolio
13 Peta jalan selepas kelas — apa nak belajar seterusnya supaya tak stuck
Apa anda dapat 6 perkara · ketuk untuk buka
5 orang terawal dapat FREE AI model terpilih untuk guna
2 template web & app terpilih untuk anda bawa balik
Akses group support private selepas kelas
Link semua tool percuma yang kami guna dalam kelas
Pautan Google Meet dihantar terus ke e-mel selepas bayaran
Slot terhad 10 orang — setiap peserta dapat perhatian
Soalan lazim 6 soalan · ketuk untuk buka
Saya langsung tak tahu coding. Boleh ikut?

Boleh. Kelas ini direka untuk orang yang bermula dari sifar. Anda hanya perlu tahu guna laptop dan browser.

Apa saya perlu sediakan?

Laptop, sambungan internet yang stabil, dan satu idea app atau web yang anda nak bina. Itu sahaja.

Kelas ini di mana?

Dalam talian melalui Google Meet. Pautan akan dihantar ke e-mel anda sebaik sahaja pembayaran disahkan, dan anda juga boleh lihat semula pautan itu bila-bila masa dalam akaun anda.

Kalau saya tak dapat hadir hari itu?

Beritahu kami melalui WhatsApp sebelum kelas bermula dan kami pindahkan anda ke batch seterusnya.

Ada rakaman?

Kelas ini live dan interaktif. Nota serta template yang kami guna akan dikongsi dalam group support selepas kelas.

Selepas kelas, saya boleh terus guna apa yang dibina?

Ya. Apa yang anda bina dalam kelas adalah milik anda, termasuk template dan akaun tool yang anda buka sendiri.

Tenaga pengajar

Zufar Marwah

Zufar Marwah

Founder & Lead Developer

Berpengalaman sejak 2015

Tengok profil penuh →
Coming soon

Tempahan belum dibuka

Silibus di halaman ini ialah kandungan sebenar kelas. Tarikh belum diumumkan — tinggalkan nama dan kami maklumkan bila ia dibuka.

Beritahu saya bila buka →

3 jam

RM 99

Sahkan Tempat
Start a project →