Semua kelas
Untuk pemula Dalam talian · Live 3 jam

Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain

Satu sesi live 3 jam. Pilih tarikh yang sesuai dengan anda. Bina game pertama anda menggunakan AI — tanpa coding — kemudian pasang iklan AdMob dan hantar ke Play Store.

Kelas hands-on 3 jam untuk orang yang mahu bina game sendiri dan memahami cara sistem iklan dalam game berfungsi. Setiap sesi berdiri sendiri dan kandungannya sama — pilih satu tarikh sahaja. Tarikh yang dibuka ditunjukkan pada kad harga di atas, dan semuanya berjalan 8.15 – 11.15 malam waktu Malaysia.

Anda tidak perlu tahu coding. Kita guna AI dan tool siap sedia untuk membina game yang boleh dimain, kemudian pasang AdMob dan siapkan aset untuk Play Store.

Yang lebih penting daripada "siapkan satu game": anda akan faham SEBAB — kenapa satu game dimain berulang kali dan satu lagi ditutup selepas 30 saat, kenapa iklan diletak di tempat tertentu, dan kenapa kebanyakan game tidak pernah dijumpai sesiapa.

Kelas dijalankan LANGSUNG melalui Google Meet bersama pengajar — bukan video rakaman. Anda boleh tanya dan kami jawab terus.

12 game yang kami bina dan terbitkan sendiri — cara kerja yang sama inilah yang diajar dalam kelas ini

Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain Kelas AI: Bina Game Sendiri & Jana Income Melalui AdMob + Rahsia Lain
Lihat kerja penuh
Apa yang diajar 12 topik · ketuk untuk buka
1 Kenapa kebanyakan game tidak pernah dijumpai pemain — 3 sebab yang boleh dielak dari hari pertama
2 Pilih jenis game yang betul: pusingan pendek, mudah diulang, cukup kecil untuk siap
3 Skop game dalam satu muka surat — mekanik teras, cara kalah, sebab pemain nak cuba lagi
4 Bina game pertama dengan AI — dari idea kepada versi yang boleh dimain malam ini juga
5 Seni & bunyi tanpa pereka: cari, ubah suai, dan pastikan anda betul-betul halal menggunakannya
6 Rasa main (game feel) — kenapa satu game terasa sedap dan satu lagi terasa hambar
7 Uji pada telefon sebenar, dan baca apa yang pemain BUAT, bukan apa yang kita rasa
8 AdMob dari sifar: akaun, unit iklan, dan cara menapis kategori iklan
9 Letak iklan di tempat yang betul — banner, interstitial, rewarded: bila dan berapa kerap
10 Baca dashboard AdMob tanpa keliru: eCPM, match rate, show rate, impression
11 Hantar ke Play Store — akaun pembangun, aset, dasar, dan sebab biasa game ditolak
12 Selepas dilancarkan: kemas kini, versi kedua, dan bila patut berhenti pada satu game
Apa anda dapat 8 perkara · ada bonus eksklusif · ketuk untuk buka
Bonus & Eksklusif
Akses 3 BULAN ke tool khas Appcademy — isyarat pasaran Play Store & App Store, untuk anda nampak apa yang sedang naik SEBELUM membina. Tidak dijual berasingan.
Teknik buat game guna AI & tools — dari idea sampai boleh dimain
Beberapa kaedah dibentang: tool percuma, engine, dan cara pintas yang menjimatkan berminggu-minggu
Cara pasang AdMob dan letak iklan di tempat yang betul
Checklist hantar ke Play Store — supaya game anda tidak ditolak
Nota kelas online — panduan langkah demi langkah dari pasang alat, bina game, hantar ke Play Store, sampai cara jana duit. Pautan diberi dalam kelas dan kekal dalam akaun anda.
Masuk group Telegram khas peserta kelas — tanya bila tersekat, selepas kelas pun boleh
Pautan Google Meet dihantar terus ke e-mel selepas bayaran
Soalan lazim 6 soalan · ketuk untuk buka
Saya langsung tak tahu coding. Boleh ikut?

Boleh. Kelas ini direka untuk orang yang bermula dari sifar — kita pasang dan setkan tool bersama-sama, langkah demi langkah. Anda hanya perlu selesa menggunakan laptop.

Ada jaminan pendapatan?

Tiada. Kelas ini mengajar cara kerja, tool dan proses — bukan menjanjikan sebarang hasil. Apa yang berlaku selepas itu bergantung pada game anda, pemain, dan pasaran.

Selepas kelas, saya boleh sambung sendiri?

Boleh. Anda keluar dengan fail projek, senarai tool yang digunakan, dan checklist penghantaran. Kalau tersekat, tanya dalam group support peserta.

Laptop macam mana yang saya perlukan?

Midrange ke atas. Kita guna Unity dengan MCP, jadi laptop terlalu lama akan tersekat. Cadangan: RAM 16GB (minimum 8GB), pemproses generasi terkini, dan ruang simpanan kosong sekurang-kurangnya 20GB. Sambungan internet yang stabil juga penting kerana kelas ini live.

Kalau saya tak dapat masuk pada hari yang saya pilih?

WhatsApp kami sebelum kelas bermula. Ada dua tarikh — kalau tempat masih ada pada tarikh satu lagi, kami pindahkan anda ke situ.

Ada sokongan selepas kelas?

Ada. Semua peserta dimasukkan ke dalam group Telegram khas kelas ini. Pautan jemputan dihantar bersama pengesahan selepas bayaran. Tanya di situ bila tersekat — coach dan peserta lain ada di dalam.

Tenaga pengajar

Zufar Marwah

Zufar Marwah

Founder & Lead Developer

Berpengalaman sejak 2015

Tengok profil penuh →
Coming soon

Tempahan belum dibuka

Silibus di halaman ini ialah kandungan sebenar kelas. Tarikh belum diumumkan — tinggalkan nama dan kami maklumkan bila ia dibuka.

Beritahu saya bila buka →

3 jam

RM 129 RM 199

Sahkan Tempat
Start a project →